Kembar Si Penghulu (Bahagian 3)

"Siapa kamu? Kenapa kamu ikut aku?" aku bertanya kepada gadis itu. Gadis itu diam sahaja. Hanya membalas soalan aku dengan senyuman manisnya sahaja. Kemudian, dia pergi begitu sahaja. Berundur menjauhi diriku. Aku cuba mengejarnya tetapi sungai di hadapanku. Aku terkejut dan ketakutan. Bagaimana dia boleh terapung di atas air?

"Siapa kamu? Kenapa kamu tak menjawab? Siapa kamu?" jerit aku kepadanya yang sudah jauh meninggalkan aku.

"Kawan lama." Itulah jawapannya sebelum dia ghaib.

"Kawan lama? Hei, siapa kamu?" aku masih cuba ke hadapan mengharap dia tidak menghilangkan diri tetapi malang pula nasib aku. Aku tergelincir dan terjatuh dari tebing sungai. Arus sungai menolak aku kuat ke batu menyebabkan aku pening dan pandangan aku menjadi hitam.

Sedetik kemudian, aku sedar kembali.

"Oh, hanya bermimpi. Mujurlah." Jam menunjukkan pukul 4.20 pagi. 10 minit sebelum masa telefon bimbitku untuk berbunyi. Awal pula aku bangun hari ini. Hari ini, aku akan ke Gua Fairy di Bau. Aku tahu tempat itu kerana aku pernah sampai di situ. Bert masih lagi dibuai mimpi. Aku membiarkan dahulu. Pandai-pandailah dia bangun sendiri.

Selesai sahaja mandi, aku kembali ke bilik untuk menyarung persalinan aku.

"Kan aku dah kata, dia mesti bangun sendiri punyalah. Hebat betul kau ni, Syam," berkata aku berseorangan sambil memuji diri sendiri. Katil Bert sudah kosong. Aku pun kemudiannya terus ke surau sambil membawa beg persiapan aku untuk ke gua kerana aku tak akan kembali semula ke bilik selepas solat Subuh di surau.

"Ok, semua perlu berkumpul di sini sekarang. Jam 6.30 pagi nanti kita akan bertolak ke Gua Fairy," maklum fasilitator yang bertugas.

Jam pula menunjukkan masa sudah 6.24 pagi. Kelibat Bert masih tak kelihatan. Aku berasa pelik, takkanlah dia penghulu orang yang paling lambat? Aku fikirkan, mungkin ada sebab dia lambat.

"Tengah panggil semua orang yang tinggal kot," bermonolog aku seorang.

*****

Disebabkan aku dan Bert berlainan kumpulan, tidak banyak kesempatan yang boleh aku bertegur sapa dengannya pada hari itu. Aktiviti di gua juga mengurangkan lagi kebarangkalian untuk kami terserempak sesama sendiri.

Kini, tiba giliran aku untuk turun dari dinding bukit setinggi 150 kaki untuk aktiviti abseiling.

"Kidal, bang," kata aku kepada jurulatih abseiling untuk memberi tahu bahawa aku adalah seorang kidal.

Ketika aku sedang menuruni dinding bukit itu, tiba-tiba aku berpusing dan aku membelakangi dinding bukit. Ketinggian ketika itu kira-kira 70 kaki dari tanah. Aku agak gayat, tetapi mata aku tertumpu kepada satu susuk yang biasa aku nampak sebelum ini iaitu gadis misteri yang sering muncul sejak aku menjejaki kaki di Bumi Kenyalang ini.


Apabila aku berpusing untuk pusingan kedua sebelum aku dapat mengawal badan aku ketika tergantung dalam ketinggian 75 kaki, gadis itu ghaib sekali lagi. Selesai sahaja menuruni dinding bukit itu, aku hanya duduk berehat sambil berborak dengan ahli kumpulan aku yang lain. Namun begitu, kepalaku tetap memikirkan tentang gadis itu.

*****

Jam sudah menunjukkan masa 12.00 malam. Sekejap lagi, semua peserta akan masuk ke dalam gua. Aku pun bersiap-siap dengan kelengkapan untuk masuk ke gua. Ketika itu jugalah aku terserempak dengan Bert.

"Syam, kenapa kau tak kejutkan aku pagi tadi? Dah aku terlewat turun berkumpul," sergah Bert dari belakang.

"Eh, apa pula aku tak kejut kau? Bukankah kau dah bangun selepas aku mandi? Aku perasan katil kau kosong," balas aku.

"Mana ada. Aku mana ada bangun langsung! Aku bangun pukul 6.20 kau tahu!"

"Betul aku cakap. Mata kepala aku sendiri yang nampak kau berjalan keluar dari bilik. Katil kau kosong. Pada masa tu pun aku tegur kau. Kau pandang aku, senyum dan diam sahaja. Aku nak tunjuk saksi pun, aku seorang sahaja yang bangun dalam rumah kita," terang aku dengan panjang lebar.

"Kau ni. Entah-entah orang lain yang kau nampak?"

"Eh, aku kenal kau lah. Siapa lagi badan paling besar dalam rumah kita? Kaulah yang paling besar. Aku pun buka juga bilik orang lain. Semuanya masih terlentang di katil masing-masing. Kalau kau nak kata apa, katalah. Aku memang nampak kau berjalan keluar dari bilik dan katil kau memang kosong pada masa tu, melainkan barang-barang yang kau selerakkan."

"Takkanlah aku mengigau? Mana pernah aku berjalan dalam tidur."

"Aku memang tak rasa kau berjalan dalam tidur. Kau memang sedar masa tu. Aku nampak kau depan mata kepala aku sendiri."

"Kau biar betul, Syam!"

"Betullah! Apa yang... ," aku terdiam seketika.

"Habis, kalau kau kata kau masih tidur, siapa pula yang aku nampak berjalan keluar dari bilik kita?" aku tertanya. Aku dan Bert terdiam.

"Syam... aku rasakan, kau... ," belum sempat Bert habiskan ayatnya, aku menyampuk, "dah, baik kita diamkan sahaja dahulu. Ini tempat orang. Aku tak nak bincang perkara ini dahulu, walaupun aku tak percaya benda-benda tahyul ni."

"Baiklah, kita pulang ke Kuching nanti kita bincang. Dahlah, mereka dah berkumpul pun. Jom kita sertai mereka," kata Bert untuk menukar topik perbualan. Aku dan Bert menyertai peserta lain untuk bersedia untuk aktiviti memasuki gua.

"Kalau kamu masuk ke dalam sana nanti, jangan kamu gatal tangan merosakkan apa yang ada di dalam sana. Jangan juga kamu berbuat bising di dalam sana. Kita masuk tempat orang, kita tak tahu apa di dalam sana. Jadi kita mesti hormat tempat orang dan jangan menggangu mereka," itulah kata-kata peringatan oleh jurulatih yang akan mengiring kami masuk ke gua.

Setiap langkah dijejaki satu persatu sambil aku memerhatikan ahli kumpulan aku di belakang. Aku diamanahkan oleh Hafiz, ketua kumpulan aku untuk menjaga rakan-rakan yang lain sepanjang aktiviti di gua. Hafiz tidak menyertai kami kerana masalah kesihatan yang menimpa dirinya.

Meneroka gua sungguh menarik. Keindahan ciptaan Tuhan di dalamnya tidak pernah terlintas dalam fikiranku sebelum ini, namun setelah aku memasukinya. Aku berasa amat kagum akan apa yang terkandung di dalam gua itu. Indahnya dunia di dalam perut bumi ini.

Dalam keasyikan aku khayal dalam keindahan di dalam gua, jurulatih aku menyuruh aku dan rakan-rakan aku untuk rehat sebentar. Aku duduk dan berehat malas sambil berbual kosong dengan rakan-rakan aku seketika, tetapi kebanyakan masanya aku mendiamkan diri sahaja.

"Selamat datang." Suatu suara membisik di telingaku. Aku menoleh. Tiada siapa di belakang dan sisi aku. Aku tidak menghiraukan suara itu. Aku hanya memandang dinding gua sahaja.

"Sudah lama aku menunggu masa ini. Akhirnya kau muncul juga." Bisikan itu kembali lagi. Aku kehairanan. Siapalah yang menyakat aku dalam gua ini.

"Siapa kamu?" aku membisik perlahan mengharapkan soalan aku terjawab.

"Kita jumpa kemudian hari. Aku gembira kau kembali. Tak perlu kau mencari aku. Aku yang akan mencarimu." Inilah kata-kata terakhir aku dengar daripadanya.

Walaupun aku masih tertanya-tanya siapakah gadis misteri yang selalu muncul itu, kelibatnya hilang sehinggalah aku sampai ke Kapit. Ada satu lagi perkara aneh berlaku kepadaku. Seorang lelaki separuh abad menegur aku seakan-akan dia sangat mengenali aku, sedangkan aku tak mengenali langsung siapa dirinya.

"Kamu ni Fadzrul, kan?" tanya lelaki itu kepada aku.

Post a Comment

1 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)