| 1 comments ]
Diedit dari sumber: nurtaufiqahidris.blogspot.com
 
Apabila pasukan Harimau Malaya telah menjuarai Piala Suzuki AFF, berbagailah ucapan-ucapan tahniah yang dilontarkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Hatta rakyat Malaysia yang sebelum ini sibuk mencaci pasukan kita sebelum ini mulalah kembang punggung untuk memuji pasukan kita. Inilah realiti yang harus kita terima.

Contoh terbaik dan paling mudah aku tujukan di sini adalah selepas Malaysia memenangi pingat emas di Sukan Sea tahun lepas, seluruh rakyat jelata memuji dan menyanjung pasukan Malaysia. Kemudian, apabila perlawanan Malaysia yang pertama dalam Piala Suzuki AFF tewas kepada Indonesia dengan kekalahan sebanyak 1-5, penuhlah cemuhan-cemuhan yang diterima oleh pasukan negara.

Untuk itu, aku berharapkan seluruh rakyat Malaysia untuk sentiasa menyokong pasukan Malaysia ketika di puncak mahupun ketika jatuh. Hanya rakyat Malaysialah tempat untuk setiap pasukan negara kita memberikan baktinya.

Berbalik kepada tajuk di atas, aku meneroka Twitter dan mencedok beberapa Tweet yang telah disampaikan oleh beberapa individu mengikut kategori.

1. Perdana Menteri


2. Pemimpin Negara




3. Penaja Pasukan


4. Media


5. Drebar Malaysia.


6. Dari Dunia


Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya atas kejayaan anda. Nampaknya negara kita bukan sahaja diperhatikan oleh seluruh rakyat jelata, malahan diperhatikan oleh perseorangan yang terkenal seperti Rio Ferdinand. Ini bukan perkara kecil. Teruskan usaha anda dan manalah tahu, jika anda diperhatikan oleh scouting team oleh mana-mana pasukan besar dunia, anda akan diberi peluang untuk bermain untuk mereka. Insya-Allah.

Oh, tidak lupa, aku cuba juga mencari ucapan dari pemimpin pembangkang Malaysia. Mungkin aku yang malas mencari atau aku tak jumpa yang lain-lain. Aku cuma jumpa dari seorang sahaja:

7. Pemimpin pembangkang


Di manakah Lim Kit Siang? Twitternya hanya dipenuhi propaganda politik sahaja. Pemimpin lain-lain? Erm... untuk aku tidak mengguris hati orang penyokong pembangkang, biarlah aku mengaku yang aku tak rajin menggoogle mereka.

Namun begitu, di manakah tokoh korporat negara? Aku mengharapkan bahawa individu seperti Tony Fernandes dan lain-lain yang aktif bertwitter untuk mengucapkan kata-kata tahniah, masih lagi mendiamkan diri. Aku mengharapkan mereka inilah yang memberi sokongan kepada industri bola sepak negara.

Aku pula, sibuk mengata orang, ada tweet ucapan tahniah? Ada... hehe. Baru kejap tadi, sebab aku tak online malam tadi. Hehe.... Jangan marah, ya.

8. Tuan punya blog


*****
Nota kaki:
1. Katanya, esok (Jumaat) cuti umum, betulkah? Sumber: http://twitter.com/staronline
2. Harap-harap lebih banyak penaja untuk FAM.
3. Nampaknya, Manchester United memang ambil peduli pasukan Malaysia.
4. Kembar Si Penghulu bahagian akhir sudah hampir untuk diterbitkan.
5. Saja buat kecoh kata seluruh dunia, padahal Rio seorang sahaja yang dari negara lain. Tak kisahlah, asalkan dari luar negara. Benua lain. Dunia jugalah tu.

1 comment:

  1. rio fernidand pn bgi tahniah..

    tahniah la kpd malaysia.. mmg btoi2 harimau malaya.

    http://ikutdanaku.blogspot.com/2010/12/skodeng-cctvwebcam-guna-google.html

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.