| 0 comments ]
Detik masa mengira setiap saat untuk mendekati tarikh yang belum lagi aku tahu, bilakah tarikh keramat yang akan meletakkan aku sebagai sang mantan kepada sebuah persatuan yang telah aku usaha dengan memberikan sedaya upaya aku sehingga titisan peluh terakhir. Setelah setahun aku memegang tampuk pentadbiran persatuan ini, aku akhirnya akan melepaskan jawatan aku dengan rasa bangganya atas kejayaan yang telah aku bersama-sama rakan-rakan dalam jawatankuasa capai.

Setelah penyerahan tugas kepada Presiden yang baharu nanti, aku tidak akan meninggalkan persatuan begitu sahaja. Aku akan memberikan sumbangan dan panduan kepada jawatankuasa baharu supaya mereka akan menjadi lebih baik berbanding daripada jawatankuasa aku. Aku yakin, mereka akan dapat mengatasi segalah kekurangan dan kelemahan dalam jawatankuasa aku dengan baiknya.


semampan ump


Sekretariat Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang UMP (SeMAMPAN UMP), kejayaanmu akan kunantikan pada masa akan datang agar kau akan menjadi sebuah persatuan yang sentiasa relevan untuk pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat, komuniti, negeri dan negara. Walaupun begitu, hanya masa yang akan menentukan. Aku akan melepaskan jawatan Presiden suatu masa nanti, akulah bakal sang mantan.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.