| 1 comments ]
Klik untuk pembesaran.

Baru-baru ini, aku menjenguk pendapatan Nuffnang aku. RM71.34. Banyak jugalah bagi aku yang tidak terkejar-kejar untuk mendapatkan pendapatan dari blog. Inilah jumlah pendapatan aku sedikit demi sedikit yang aku dapat kumpul dalam tampoh setahun setengah(kalau tak silap aku)  sejak aku menyertai Nuffnang.

Selain melihat jumlah pendapatan aku, aku perasan satu lagi perkara yang baru sahaja berlaku kepada akaun aku iaitu aku tidak lagi dibekalkan dengan iklan Buffered Earning (BE). Iklan dari IPTV adalah merupakan iklan terakhir BE yang aku peroleh. Sekali pandang, aku rasa tak suspen pula kalau tak ada BE. Maklumlah, kalau ada BE, boleh main teka-teka berapa nilai yang akan ditunjuk. Dua kali pandang, aku pun fikir memang padan pun aku tak dapat BE lagi. Jumlah trafik pun dah menurun walaupun konsisten sekurang-kurangnya 20-30 orang UV sehari. Kalau sebelum ini aku rancak menulis blog boleh kira paling kurang pun sekali setiap dua hari. Sekarang, aku hanya dapat menulis blog pada masa aku termampu di samping idea yang muncul secara bernas ketika itu. Kalau lihat entri aku yang sebelum entri ini pun dalam seminggu jaraknya.

Dalam kesibukan aku juga, aku hanya sempat untuk mengemas kini blog aku yang semakin banyak pengunjung yang menjenguk sehinggakan apabila aku melihat semula statistik blog aku, ada juga orang dari Russia masuk ke blog aku dengan menulis perkataan 'Logo Chelsea' dalam tulisan bahasa Russia. Inilah penangan Roman Abramovich. Bilalah pula taukeh dari Malaysia nak beli kelab dari EPL? Dulu kata Tony Fernandes nak beli West Ham United, tetapi tak jadi pula. Apa pun, jenguk-jenguklah blog aku ini yang diberi nama FH Logo. Tidaklah semua logo aku dah terbitkan, mana yang ada, adalah. Kalau tiada, kena tuggulah dahulu. Kalau ada logo yang sukar dicari dari internet, aku akan lukis semula logo itu dalam resolusi yang lebih besar. Aku tak pasti logo apa yang ramai orang cari, kalau ada orang bagi tahu, bolehlah aku usahakan. Cepat lambat sahaja benda tu ada atau tak nanti.

Apa lagi, jenguk-jenguklah blog aku yang aku kata tadi. Harap-harap dengan UV sekurang-kurangnya 60 orang sehari di blog itu, dapatlah BE semula walaupun naik satu sen seminggu. Kalau ada yang berminat kepada ChurpChurp, apa lagi sertailah sekarang! Kalau korang daftar sekarang, korang dapat ajak lagi 10 orang baharu untuk daftar, korang senang-senang dapat RM10. Lagi laju dari Nuffnang! Apa lagi? Klik di sini untuk daftar ChurpChurp sekarang!

-----
Nota kaki:
1. Pertama kali aku sembang pasal Nuffnang dalam blog aku. Selama ini aku cuma letak iklan Nuffnang sahaja.

1 comment:

  1. aku punya ade le 2 hinggit.
    http://dan-teslamarin.blogspot.com
    tetolongle klik kat iklan aku

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.