| 2 comments ]
Setiap kali ada apa-apa sambutan, pasti kebanyakan kita akan berlumba-lumba untuk menjadi orang pertama yang memberikan ucapan. Contohnya ucapan Selamat Hari Lahir. Sampaikan ada pasangan-pasangan kekasih di luar sana, kalau pasangannya terlewat dua saat pun boleh jadi punca merajuk. Bagusnya, aku tak begitu. Aku takkan ambil hati pun kalau ada yang terlupa atau buat-buat lupa atau memang tak tahu nak ucap Selamat Hari Lahir kepada aku.

Setelah beratus-ratus ucapan yang aku terima kelmarin, aku dapat satu ucapan terakhir dari kakak aku. Dalam ucapan terakhirnya, sengaja dia tambah sesuatu yang mengejutkan aku. Kalau nak tahu, lihat imej di bawah:
Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.
Itulah jawapan aku. Tak lama lagilah tu nampaknya. Hehe....

2 comments:

  1. ehemmmm!
    aku baru nak wish. hehe
    SELAMAT HARI LAHIR KE-22 FADZRUL HISYAM :)

    kenduri jangan lupa jemput, aku mesti sampai dengan kucai! hihi :P

    ReplyDelete
  2. Haha...jgn riso. Kenduri aku jemput punye...hehehe

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.