| 0 comments ]
Zaman kian berubah. Banyak kemajuan dah aku kecapi jika dibandingkan dengan zaman aku kanak-kanak dahulu. Teknologi semakin canggih dan semuanya menjadi semakin mudah. Tak ketinggalan juga - perubahan generasi dahulu dengan sekarang.

Jika sekarang, kita bergantung banyak kepada alat teknologi untuk hal-hal formal mahupun kasual; dahulu sungguh berbeza. Aku masih tak kenal apa itu komputer. Belum mengenali apa itu internet. Tak mengenali apa itu Counter Strike, Facebook, YouTube dan sebagainya. Namun, kehidupan kanak-kanak aku dahululah yang paling gembira.

Aku tak nak menulis panjang di sini, aku nak berkongsi satu video yang sangat menarik untuk kita sama-sama mengimbau kembali kenangan kita sebagai generasi pra-Facebook.


Ringkas kata, aku amat merindui zaman kanak-kanak aku yang penuh keriangan bersama rakan-rakan. Setiap parut di kaki memberi seribu kenangan kanak-kanak yang pastinya tidak sama dengan pengalaman kanak-kanak generasi sekarang.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.