| 10 comments ]
Aku masih ingat lagi perkenalan pertama aku dan dia. Perkenalan yang aku rasakan, agak unik. Ya... agak unik... dan perkenalan itu berlaku kira-kira lima tahun yang lepas.

*****

"Fuh... penat betul hari ni. Sudahlah kelas penuh! Lepak layan internet dululah. Tulis blog ke."

"Erm... apa aku nak tulis hari ni? Kalau aku tak tulis something kat blog ni... rasa tak lengkap hari ni. Apa aku nak tulis ni? Nak kena cari idea dulu ni."

"Hurm... apa kata aku selongkar dulu blog-blog ni. Layan cerita-cerita geng-geng blogger ni pun syok juga."

"Blog... blog... erm... ni Miera punya. Ni budak kelas aku punya. Eh... ni blog untuk kelas BI. Siapa punya ni? Oh... mamat ni punya."

"Wah... memang la minah si Maisarah ni. Suka saja buat aku cemburu! Taulah belajar kat UK, pergi Old Trafford main tayang kat aku. Cis! Nak kena paksa dia beli cenderamata dari sana ni!"

"Takpa... lain masa aku pergi sana, tengok game Manchester United! Hahaha!"

"Urm... tak ada idea menulislah hari ni."

"Tak apalah tak tulis sehari saja... esok mesti ada idea punya."

"Nak pergi baring-baring dululah... OK... close windows du... lu...."

"Eh... blog ni macam menarik. Tapi... alamak. Aku memang tak berkenanlah blog ada pasang lagu ni!"

"Siapa tuan punya blog ni? Apalah! Nak tutup lah blog dia ni!"

"Mana close tab ni? Ha, tu dia! Close... eh... minat Real Madrid? Ni pasukan lawan utama Manchester United ni!"


"Amboi... siap ada gambar Iker Casillas! Aku pun minat juga mamat ni, tak adalah sampai gambar dia pun aku letak dalam blog...."

"Eh, aku lelaki... dia perempuan... patut la dia letak gambar Casillas ni. Kalau aku yang banyak letak nampak pelik pula kan?"

"Nadzirah... ini nama dia. Cantik juga dia ni. Nampak manis."

"Eh... tengok dulu belakang aku ada orang mengintai tak. OK... clear!"

"Wah, blog dia semua dalam BI tu! Ni mesti terer dalam BI ni. Suspeklah!"

"Erm... aku penatlah. Nak rehat dulu."

"Eh, dia ada chatbox! Drop something lah kat sini. Tengok ada respon tak... hehe."

"Hi! Nice blog, Nadzirah! Minat Iker Casillas ye?"

"Enter! OK! Siap!"

"Tutup dululah. Nanti baru sambung layan blog balik."

"Mana butang close ni? OK! Jumpa! Close! Selesai."

"Wah, sedapnya baring!"

"Erm... ada juga perempuan minat Real Madrid kat Malaysia ni, ya? Minat goal keeper pulak tu."

"Lelap dulu lah... erm... lagu apa aku nak layan sambil ambil masa nak tidur ni?"

"♫♪ Biarkanlah saja dulu kita jalan berdua, Mereka pun pernah muda... pernah muda... ♫♪"

"Eh... lagu apa aku nyanyi ni? Siap nyanyi lagu kat blog tadi pulak tu. Kata tak suka blog yang pasang lagu..."

"Hurm... entahlah kenapa... Zzzzzzzzzzzzzzzz."

*****

Bermula dari perkenalan itulah, kini aku dan dia masing-masing saling mencintai. Aku gembira kerana dia rela menerima cintaku. Rupanya, cinta aku bukan bertepuk sebelah tangan. Sungguh tak menyangka. Apa pun, aku berharap, dialah yang akan menjadi isteriku dan kekal untukku sehingga ke akhir hayat. Semoga Allah memenuhi impian aku dan dia.

Nad, Syam sayangkan Nad.

10 comments:

  1. This post really made my day!(^_^)
    Let's start blogging occasionally again! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...jom. let's start slowly again. Hehehe... =)

      Delete
  2. Replies
    1. Haha... i dh start slowly... u pon same la. hehehe

      Delete
  3. nak start ape? nga kering kontang idea ni. hahaha =P

    ReplyDelete
  4. start with anything... your story. hehehe...

    ReplyDelete
  5. anything, everything about u... or about us... or about anything. hehehe...

    ReplyDelete
  6. wiwit!!diam-diam ubi berisi ea.patut la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh...eh... haha... ok lagi dari diam-diam besi berkarat. Haha...

      Delete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.