Rumah Usang (Bahagian 2)

Aku menoleh ke belakang aku, aku ternampak... sesuatu yang memanggilku! Aaaaaarrrrrgggghhhh!!!! Tiiidaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkk!!!!

Sesuatu lembaga yang berjubah putih dengan rambut yang panjang melambai-lambai kepadaku memanggilku agar mendekatinya! Aku hanya terpaku melihat benda yang aku tak pasti bagaimanakah ia boleh berada di belakangku. Gayanya pula hanyalah duduk mencangkung di penjuru katilku.

"Sssi... si... siapa kk... siapa kau? Ap... app... apa kkau nak dda... dari... dari... apa kau nak dari aku?" tegur aku kepada benda itu, melanggar pantang larang orang-orang tua.

"Heeeheeeeheeee...." benda itu ketawa mengilai-ngilai.

"App... apa kkau nak? Apa kau nak dari aku? Kau jangan ganggu hidup aku!"

"Heeeheeeeheeee.... Kau tak kenal aku? Kau dah lupakan aku?"

"Kau jangan main-main! Berambus kau syaitan!"

"Oh, kau dah lupakan aku, kau mahu aku berambus? Heeeeheeeeeheeeee.... Aku mahu tanya kau. Kau ingat lagi ketika kau berumur tujuh tahun?"

"Ap... apa kaitannya kau dengan aku berumur tujuh tahun?"

"Ya, memang sangat berkait! Kau kan dulu suka bermain-main di 'rumah' aku. Tak kau lupa? Rumah kau hanya secampak batu sahaja dari rumah aku. Kau selalu bermain di 'rumah' aku. Aku selalu sahaja menemanimu ketika kau bermain di sana! Heeeeeheeeeeheeeee...."

Lalu aku mengimbas kembali ingatan aku yang sudah lama dilupakan. Rumah apakah yang dia maksudkan itu? Rumahku dahulu adalah kuarters tentera lama yang sudah dibina sejak penjajahan British lagi. Rumah apakah yang dia maksudkan?

"Eh, kau jangan main-main! Rumah mana pula ni? Masa aku kecil, aku berkawan dengan semua oranglah! Aku pernah pergi ke semua rumah kawan-kawan aku!"

"Heeeeheeeeheeeee... kau terlupa satu rumah. Rumah yang berada di luar pintu pagar kem! Heeeeheeeheeee! Kau sudah ingat? Itulah rumah aku!"

Ah, mana mungkin! Di luar pintu pagar kem tak ada rumah pun! Syaitan ini sengaja melalaikan aku! Sebelum aku sempat berkata-kata lagi, ingatan aku kembali mengingatkan aku kepada satu kejadian dahulu.

Semasa aku kecil, selalu juga lorong di dalam kawasan jirat Cina digunakan sebagai jalan pintas ke sekolah aku. Jika tidak, kenalah guna lebuh raya. Pada suatu hari, semasa aku melalui lorong di jirat cina tersebut, aku nampak seseorang... ya, seorang budak kecil berbangsa Cina berdiri di bawah pokok rendang melambai-lambai kepadaku. Aku juga pernah melambai kembali kepadanya. Apabila aku menoleh seketika, dan aku memandang semula ke arah pondok itu, budak itu sidah tiada.

"Kkka...kkka...kau ni Mei Ling? Apa kau mahu? Apa kau buat di sini?"

"Heeeeheeeee... kau sudah ingat aku! Heeeeheeeeeheeeee.... Kau dah lupa? Kau yang mengajak aku ke sini?

"App...apa maksud kau?"

"Kau sudah lupa dengan segala kejadian yang menimpa kau sebelum ini? Semuanya bermakna aku tak pernah tinggalkan kau! Cuma kau sahaja selalu melupakan aku! Mengabaikan aku!"

Ah, apakah selama ini, setiap pengalaman dan kejadian yang berlaku kepadaku, adalah berpunca daripada dia? Tak sempat aku bertanya lagi, ia hilang dari pandanganku. Ia hilang serta merta.

Aku masih lagi terdiam. Fikiran bercelaru menerima apa yang berlaku sebentar tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. Azan Subuh sudah berkumandang. Aku hanya tidur selepas Subuh setelah seharian aku tak melelapkan mata.

Apabila aku sedar kembali, jam sudah menunjukkan pukul 8.23 pagi. Aku berasa sungguh penat. Kejadian malam tadi pula, aku hanyalah sangkakan sebuah mimpi.

Seorang budak kecil berbangsa Cina berdiri di bawah pokok rendang melambai-lambai kepadaku.

Lalu aku bertanya kepada Aiman, teman sebilik aku, "Aiman, kau ada perasan apa-apa tak malam tadi?"

"Err... kau jangan tanya pasal malam tadi boleh tak? Kau jangan tanya lagi! Aku nak kau diam sahaja! Jangan berkata-kata tentangnya lagi!"

Aku berasa pelik. Kenapa dengan Aiman?

"Aiman, kenapa dengan kau? Aku cuma nak tanya, kau ada perasan apa-apa tak malam tadi?"

"Kau jangan tanya aku! Kau tanyalah diri sendiri! Kau yang tahu! Buat apa tanya aku?!"

Aku berasa sungguh pelik dengan perangai Aiman pada pagi ini. Apa yang sudah berlaku pun aku tak tahu. Kenapa jadi begini pun tak siapa tahu.

"Aiman, kalau ada apa-apa masalah, bagi tahu aku. Apa dah jadi dengan kau ni?"

"Aku dah cakap!!! Jangan tanya ak..." suasana sunyi seketika.

"Baiklah... aku cerita, tetapi kau janji jangan tanya aku lagi. Ok?"

"Ok... ok. Aku nak tahu, apa berlaku malam tadi?"

"Malam tadi, aku... aku nampak... aku dengar...."

"Nampak apa? Dengar apa?"

Post a Comment

0 Comments