| 0 comments ]
Dua tahun lalu [klik di sini], pernah aku menulis entri operasi aku dan rakan-rakan di Hutan Lipur Berkelah. Aku dan rakan-rakan menempuh pelbagai ranjau dan duri untuk bersuka ria di sana. Dalam operasi yang lepas, kami telah mengikut jalan yang berbahaya dan berisiko dengan memanjat batu bercuram kira-kira 60-70 darjah tanpa tali.

Untuk kali ini pula, pada 11 Februari 2012, satu operasi baru di Hutan Lipur Berkelah telah dirancang oleh aku dan Azrul (yang kedua-duanya ada dalam operasi dua tahun lepas) bersama-sama ahli pasukan Shell Eco-marathon 2012, memerangkap anak buah aku. Operasi melibatkan seramai 12 orang, yang 3 dari mereka adalah perempuan. Dari 12 orang, seorang sahaja merupakan ahli jemputan operasi, iaitu Fatiehah, rakan sekelas aku dan Azrul yang ditugaskan untuk menjaga urusan hal ehwal wanita secara tak rasmi.

Operasi kali ini pada asalnya memilih lokasi yang sama seperti operasi dua tahun lepas, namun akibat port dah dihuni orang, kami memanjat hingga ke tingkat air terjun yang ke-6. Perjalanan naik tidak memberikan apa-apa masalah besar memandangkan cuaca sangat baik. Risiko dan cabaran hanya berlaku semasa kami turun dari paras port kami ke bawah akibat cuaca yang kurang baik dengan hujan renyai-renyai berselang lebat. Risiko terbesar yang mungkin boleh berlaku adalah mana-mana antara kami tergelincir dari batu dan jatuh ke dalam air terjun yang berbatu.

Tak banyak idea nak aku katakan dari operasi ini, tetapi inilah aktiviti persendirian yang paling ekstrim dan paling mencabar setakat ini... dan mungkin lebih sedikit dari operasi dua tahun lalu.

Kepada yang mahu tahu di mana letaknya Hutan Lipur Berkelah, datanglah ke Pahang. Terletak antara Maran dan Gambang (ikut jalan lama) dan ada simpang ke Hutan Lipur Berkelah. Korang perlu mengikut jalan off road kira-kira 20-30 minit perjalanan sebelum menyambung perjalanan dengan berjalan kaki selama 30-90 minit. Walaupun mencabar, namun hasilnya amat memuaskan!

Berikut adalah beberapa siri kejadian semasa operasi dijalankan.



















0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.